Friday, June 17, 2011

Mahkamah Pencipta


Cuba kita bayangkan sejenak keadaan kita bila kita dibangkitkan untuk hari pengadilan...
Sambil mengingatkan diri sendiri serta pembaca sekian bahawa kita tak akan dapat lari dari hari tersebut...

1. Mulut ditutup kerana mulut boleh memutar belitkan sesuatu. Di dunia hakim buat keputusan mengikut percakapan mulut manusia, tanpa mengetahui yang batin. Di akhirat, manusia dibicarakan dihadapan Allah swt yang mengetahui segalanya zahir dan batin. Allah swt tetap mengadakan perbicaraan sebagai pengajaran kepada sekelian manusia.

Yassin [65] Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

2. Setiap Manusia disertai 2 malaikat ;

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

3. Allah hantar malaikat untuk membawa manusia ke padang mahsyar. Hadis Nabi saw, mafhumnya :

di hari akhirat manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah.
 
Hari itu hari kiamat...
 
Al-Zalzalah [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, [2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,

Sabda Nabi Muhammad saw, mafhumnya :
 
"Aku orang yang pertama keluar dari bumi. Kemudian diikuti oleh Nabi Isa, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar. Mereka menuju ke kubur para sahabat di Baqi’ (Madinah) dan semuanya dibangunkan untuk terus menuju ke kubur sahabat yang lain di Mekah. Pada masa itu berlaku pertembungan, iaitu Nabi dan sahabat hendak ke Mekah dan ada juga yang hendak menuju ke Madinah dari Mekah. Di tempat pertembungan inilah berlakunya Kiamat."



1. Hari tersebut adalah hari Jumaat, huru-hara di padang tersebut sukar hendak diceritakan. Ketika itu matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih).

2. Di hari itu juga jika ada kanak-kanak yang lahir, mereka akan terus menjadi tua.
                                                                 
Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?

Al-Hajj [2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

3. Di hari kiamat semua manusia, jin dan binatang dihimpunkan. Malaikat menyeru mereka ke Padang Mahsyar.

Ta-Ha [108] Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

4. Dalam satu hadis Nabi saw dikisahkan, dihari akhirat manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah swt menghantar malaikat untuk membawa manusia ke padang mahsyar.
 
5. Setiap Manusia disertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

6. Di sana, mereka dikepung oleh Malaikat khas, yang lebih kuat dan hanya turun di hari Kiamat. Mereka membawa neraca timbangan dan memagari serta mengepung manusia, binatang, jin. Sepertimana Allah swt berfirman:

Ar-Rahman [33] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

7. Kemudian semua umat diperintah berlutut :

Al-Jathiya [28] Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan)……

8. Lalu Allah swt berfirman kepada dunia yang rendah ini : Limanil mulkil yaum?” (Kerajaan siapakah pada hari ini?). Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah swt sendiri menjawab: Lillahilwahidil qahhar”.(Hari ini kerajaan dimiliki Allah yang tunggal dan garang) iaitu dalam ayat :

Gafir [16] …………(Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya!“

9. Di hari Kiamat, gunung-ganang atau bukit-bukit akan diterbangkan, dimusnahkan dan diratakan.

Ta-Ha [105] Dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka jawablah: Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.

[106] Lalu Dia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin.

[107] Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat yang rendah atau yang tinggi.

Al-Qari’a [5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

Satu Hadis dari Abu Said Al-Khudriy ra, Rasulullah saw bersabda, mafhumnya :
 
Pada Hari Kiamat nanti bumi akan berubah seolah-olah menjadi sepotong roti yang dilambungkan oleh Tuhan Yang Maha Perkasa


Nota Kuliah Maulana Syed Noor Muhammad
 
wAllahu 'alam

Wednesday, June 15, 2011

Permohonan Murtad Di Malaysia

As'salamualaikum...dan selamat sejahtera....

Setelah sekian terlalu lama blog ini menyepi tanpa sebarang berita tetiba hari ini tergerak dihati untuk mengilatkan kembali habuk-habuk yang lama ditinggalkan.

Sebenarnya ada sedikit tersentuh dihati bila kita tahu orang muslim, yang dilahir dalam agama islam akan bertukar ke agama lain.

Mengikut sumber dari malaysiakini, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.


Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.
azlanMengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.
"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.