Sunday, November 8, 2009

Mimpi Rasulullah SAW

Salam sejahtera....

Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday, October 25, 2009

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.
Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya, kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Orang lelaki kena tahu ni, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. ...sayangnya ALLAH pada wanita ....Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu... JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ....supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Wassalam

Thursday, October 15, 2009

Rahsia As-Solat...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T...

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat...
Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

Saturday, October 10, 2009

Hikmah Sujud - II

Sedikit lagi sambungan dari hikmah sujud... yang kita selalu amalkan dalam sembahyang...

Antaranya lagi...

Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

  • - Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • - Mengurangkan kegemukan.
  • - Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
  • - Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • - Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimatSabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karana sudah biasa.

Monday, October 5, 2009

Hikmah Sujud...






Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.


Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

  • Melegakan sakit hernia. (burut)

  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

  • Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

  • Meringankan bahagian pelvis.

  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.

  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

MUTIRA HIKMAH:

Kenapa ada benci pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita membenci. Kenapa kedekut kasih sayang pada orang yang sepatutnya kita memberi? Kenapa bakhil kemaafan pada orang yang menyakiti? Kenapa tiada ukhuwwah, padahal insan lebih mulia daripada haiwan.

Tuesday, September 29, 2009

Anak Allah...?

Salam

At-Taubah [30] Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?

1. Nabi Uzair as telah memohon Allah swt menunjukkan bagaimana Allah swt menghidupkan orang yang telah mati. Bukan syak, tapi sekadar ingin tahu. Lalu Allah swt mematikannya dan menghidupkannya 100 tahun kemudian. Kemudian Allah swt tunjuk bagaimana tulang-tulang kaldainya dicantumkan, bersama daging dan belulangnya dan hidup kembali.

2. Beliau kemudian kembali ke kampungnya bertemu pengasuhnya. Pengasuhnya telah buta. Untuk membuktikan beliau adalah Uzair as, dia telah berdoa agar pengasuhnya dapat melihat kembali. Allah swt makbulkan doanya. Namun akhirnya orang kampungnya menganggap Uzair as adalah anak tuhan.

3. Begitu juga dalam agama Kristian, ada 2 kumpulan. Satu mengatakan Isa as itu tuhan, satu lagi mengatakan Isa as itu anak tuhan. Kononnya Allah menjelma dalam tubuh manusia.

At-Taubah [31] Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Mariam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

4. Kafir Quraisy mengatakan malaikat anak perempuan Allah swt.As-Saffat [149] (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki?

[150] Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan?

[151] Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:

[152] Allah beranak; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

[153] (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dialah yang menciptakannya)?Az-Zukhruf [16] Patutkah tuhan mengambil dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya menjadi anak-anak perempuannya dan Dia mengutamakan kamu dengan anak-anak lelaki?

[17] Padahal apabila diberitahu kepada salah seorang dari mereka dengan (berita bahawa dia beroleh anak perempuan seperti) yang dijadikannya sekutu yang sejenis dengan Allah Yang Maha Pemurah, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati.

[18] Patutkah (yang dikatakan anak Allah itu jenis perempuan) yang biasanya dididik dan dibesarkan dalam perhiasan, sedang dia semasa berbantah dan bertikam lidah tidak dapat memberikan alasan yang jelas?

[19] Dan mereka pula menyifatkan malaikat yang juga menjadi hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah itu jenis perempuan. Adakah mereka menyaksikan kejadian malaikat itu? Akan dituliskan kata-kata mereka (yang dusta itu) dan mereka akan ditanya kelak (serta akan menerima balasannya).5. Langit hampir pecah kerana manusia tuduh Allah ada anak.Maryam.

[90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.

[91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak.

[92] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Dia mempunyai anak.Nota: Kuliah Maulana Syed Noor Muhammad


* Nota

Pada hari ini orang-orang kuffar telah banyak berpecah lagi & sebegitu juga kitab-kitab mereka diubah dan terus diubah seakan-akan menjadi seperti isi kandungan Al-Quran dari segi maksud.
Salah satu contoh ayat yang diubah & digunakan oleh penganut atau penyebar kristian pada hari ini adalah : Jesus telah menegaskan beliau adalah Nabi yang terakhir, & setelah itu barang sesiapa yang mengaku dia Nabi selepasnya, sesungguhnya orang itu adalah nabi palsu.

Kemudian wujud juga golongan kristian yang menafikan pula tuhan itu ada anak, & mereka berpegang teguh pada ajaran ini, dan berusaha menyebarkan fahaman ini, sedangkan dari Nabi Adam as & dalam Islam perkara ini sudah sedia maklum, dan hanya mereka yang ingkar mengatakan yang sebaliknya.

Adalah penting bagi umat islam disini mengetahui perkara ini agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah mereka lebih-lebih terhadap anak-anak kita yang terdedah pada sumber yang pelbagai, yang bertujuan untuk memesongkan akidah, mengelirukan & menyamakan Islam dengan agama lain.

Wassalam

Friday, September 25, 2009

Syaitan, Syirik dan Taubat...

1. Kadang-kadang sesuatu perkara itu nampak baik, walaupun sebenarnya tidak baik. Syaitan memperlihatkan seolah-olah ianya baik. Namun pada hakikatnya, Syaitan sebenarnya takutkan ALLAH swt. Setelah berjaya mengkafirkan manusia, ia berlepas tangan. Tugasnya selesai disitu.

Anfal [48] Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu.
Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya.

Qaf [27] (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.

2. Dosa syirik neraka jahanamlah tempat balasan dan transitnya.

An-Nisa [116] Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

3. Diberi makan buah berduri (ZAKUM) dan minum air panas mendidih hingga pecah perutnya sebelum disiksa dengan siksaan yang lebih berat lagi.

Saffat [62] Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum? [63] Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat). [64] Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang. [65] Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan. [66] Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. [67] Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi (selain itu) satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. [68] Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang menjulang-julang.

4. Banyakkan bertaubat, samada melalui solat, istigfar, menahan dari melakukan dosa-dosa dan tidak mengulangi lagi dosa lampau. Bertaubat itu boleh "cancelkan" dosa-dosa kita yang lalu. Boleh bertaubat dengan mengerjakan solat sunat dan istigfar, baca quran, zikir dan bermacam-macam kebaikan. Sabda Baginda saw : mafhumnya: "Hendaklah kamu bertaqwa di mana sahaja kamu berada. Ikutilah setiap kejahatan (yang kamu lakukan) dengan kebaikan, moga-moga kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat At Tirmidzi dan Ahmad)

5. Moga-moga ALLAH swt selamatkan kita dan bantu semua orang ISLAM balik ke pangkal jalan.

Nota: Kuliah Maulana Syed Noor Muhammad

wAllahu 'alam

MUTIARA HIKMAH:

Allah SWT tidak melihat kepada fizikal atau rupa paras kamu. Sesungguhnya Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kamu. (Hadis riwayat Muslim).

Wednesday, September 23, 2009

Adab mendengar azan



SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN...

SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............

Allahu Akbar!!

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'.
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri... Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba...dimana kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Mungkin sesuatu yang tak pernah terjangkau oleh akal fikiran kita ini...

Subhanallah...


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah sahaja yang patut disembah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.


Dimulakan dengan umat Islam di New Zealand, Australia (walaupun tak ramai tetapi ada...) dan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.


Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh..Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India .


Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat .Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.


Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!


Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.


Allahu Akhbar..!!!

Tuesday, September 15, 2009

Kaabah enggan bergerak

Rasa nak menangis bila membaca. Kisah ini datangnya dari email yang dihantar kepada saya...dan sekarang dengan izin dariNya...tergerak dihati saya untuk posting dan kita sharing bersama.

Rindu rasanya nak pergi lagi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi...
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah.. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga...

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga.. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah....

Subhanallah...

Allahuakbar

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya

Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan-NYA.... Semoga ALLAH mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Amiin.

MUTIARA HIKMAH:

Manusia lumrah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).

Thursday, September 10, 2009

Airmata Rasulullah...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku' 'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tuesday, September 8, 2009

Why Muslims Eat Only Halaal Food

KLIK ATAS GAMBAR UNTUK BACAAN DAN PAPARAN YANG JELAS








AMALAN TERBAIK:
Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

Saturday, September 5, 2009

Nabi Muhammad Pembawa Risalah Saintifik


Salam ukhuwwah,

Sedikit ilmu di sini bahawa al-Quran risalah saintifik agung.

1-Langit dan bumi pada asalnya bercantum- surah al-Anbiya', ayat 30.
2-Langit dan bumi berasal drp asap- surah al-Fussilat ayat 11.
3-Alam semesta mengembang- surah al-Zariyat ayat 47.
4-Matahari beredar pada destinasinya- surah al-Anbiya' ayat 33 dan surah Yaasin ayat 38.
5-Bumi berputar dan tidak statik- al-Naml ayat 88.
6-Yang lebih kecil drp atom- surah Yunus ayat 61.
7-Sistem keselamatan Angkasa Raya-surah al-Biya' ayat 32.
8-Embriologi- surah al-Zumar ayat 6, al-Insan ayat 2, al-Mukminun ayat 14, al-Haj ayat 5, al-Sajadah ayat 9.

Hakikatnya terlalu banyak dan luas. Perbincangan ttg ayat-ayat saintifik ini banyak terkandung dalam kitab-kitab Tafsir spt:
-Syeikh Said Hawa, al-asas fi al-tafsir
-Syeikh Tantawi Jauhari, al-jawahir
-Imam Qartubi, al-jami' li al-ahkam al-quran.
-Hamka, tafsir al-azhar.

Namun begitu, huraian-huraian dan pentafsiran Mufassirin berasaskan nilai intelektual zamannya. Maksudnya tiada kajian atau penyelidikan saintifik dilakukan.
Siapa yang mengkaji?
Golongan saintis muslim terkemudian dan seterusnya dilanjutkan oleh saintis Barat.
Apakah faktor tiada kesinambungan kajian para saintis muslim?
Wujud halangan intelektual, iaitu kata-kata hikmat "al-Quran adalah sumber akidah, syariah dan akhlak yang mutlak dan muqaddas, tidak perlu dikaji atau mengkaji, yakin dan percaya serta beriman dengannya menjadi tanggungjawab utama dan pertama".

Harapan, agar kata-kata hikmat ini tidak menjadi keramat yang menghalang kita umat Islam utk mengkaji kandungan al-Quran. Bukan untuk penafiannya tetapi untuk pengukuhan keimanan.
Semoga al-Quran menjadi hujjah bagi kita dan bukan hujjah ke atas kita.

Sekian,
WaAllahu 'Ala wa 'Alam.

Wednesday, September 2, 2009

Isteri-isteri di pejabat-Ustaz Azhar Idrus

Apa kata kita layan ceramah Ustaz Azhar ni... (utk org2 Tganu mesti lebih faham...)



Isteri-isteri di pejabat

VVIP di akhirat kelak

Sunday, August 30, 2009

Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis


 

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsianya; sama ada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata; "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasulullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah SAW.

Maka sembah Iblis (alaihi laknat); "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak menjawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam AS sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau."

"Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, Cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis; "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata; "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekalian umatku.

Soalan Nabi (1); "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis; "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekalian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."

Soalan Nabi (2); "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis; "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat derhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, dating perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi (3); "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutukan Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis; "Sekalian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekalian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekalian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekalian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut."

"Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi (4); "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis; "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba."

Soalan Nabi (5); "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal akan engkau?"

Jawab Iblis; "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya; matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Soalan Nabi (6); "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa akan engkau?"

Jawab Iblis; "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi (7); "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis; "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."

Soalan Nabi (8); "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekalian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami."

"Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi (9); "Hai Iblis! Bagaimana sekalian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis; "Sekalian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang, 'Sekalian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk'."

"Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekalian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan."

"Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, 'JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku', kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'."

"Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, 'Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid'."

"Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu'; dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, 'Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya'. Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."

Soalan Nabi (10); "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis; "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail AS, 'Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

"Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan."

"Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Soalan Nabi (11); "Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."

Soalan Nabi (12); "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."

Soalan Nabi (13); "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis; "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."

Soalan Nabi (14); "Jika umatku bersatu (jimak) dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis; "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, derhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi (15); "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis; "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi (16); "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis; "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Soalan Nabi (17); "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."

Soalan Nabi (18); "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tedarus Al-Quran dan solat tengah malam."

Soalan Nabi (19); "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya."

Soalan Nabi (20); "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis; "Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'."

Soalan Nabi (21); "Hai Iblis! Apa pula yang dapat merantai engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang berjual atau berniaga dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya."

Soalan Nabi (22); "Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Apabila bertemu dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh rakannya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hambapun meratap kerana keduanya mendapat keampunan apabila kedua-duanya berpisah untuk urusan masing-masing."

Soalan Nabi (23); "Hai Iblis! Siapa pula sahabat yang paling hampir dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang meminum arak, tuak atau dadah kerana bahayanya telah jelas membawa perpecahan, perkelahian dan perceraian."

Soalan Nabi (24); "Hai Iblis! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala dipandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya."

Soalan Nabi (25); "Hai Iblis! Di mana tempat engkau diam?"

Jawab Iblis; "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dan sebagainya. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka."

Soalan Nabi (26); "Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat menari dan seumpamanya seperti tempat percampuran di antara lelaki dan perempuan."

Soalan Nabi (27); "Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat?"

Jawab Iblis; "Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang solat di situ, tetapi hamba sangat takut kepada seorang yang sedang tidur di situ."

Maka tanya nabi; "Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam solat dan bermunajat kepada Allah SWT. Mengapa engkau takut kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lalai dan tidak memandang suatu apapun (tidak sedar)?"

Jawab Iblis; "Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba menggoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut."

Soalan Nabi (28); "Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu suara orang yang menyanyi-nyanyi dan berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian (muzik) kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji Allah seperti bernasyid dan berselawat."

Soalan Nabi (29); "Hai Iblis! Siapakah yang sekaum dengan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan makan riba."

Soalan Nabi (30); "Hai Iblis! Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?"

Jawab Iblis; "Iaitu dengan sebab mereka makan dan minum dengan rezeki yang haram kerana mereka gelap mata (tidak nampak) pada mencari harta dengan cara yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari sehingga terlepas solat Subuh serta mereka yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan."

Soalan Nabi (31); "Hai Iblis! Siapa yang menyukai hati engkau?"

Jawab Iblis; "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada orang yang daif tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil itu adalah musuh Allah dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku."

Soalan Nabi (32); "Hai Iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang hasad dengki, orang yang tidak belajar etika dan ajaran Islam, segala perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang mencabulkan dirinya serta menjualkan maruahnya."

Soalan Nabi (33); "Hai Iblis! Jika mati seorang ulama bagaimana perasaan engkau?"

Jawab Iblis; "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba."

Sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan oleh Allah pahala baginya 1,000 alim dan 1,000 syuhada."

Sabda Rasulullah SAW lagi; "Akan ada umatku yang menjauhkan dirinya daripada para ulama atau setiap orang yang benci kepada orang yang mengajar agama dan ulama akan mendapat 3 bala daripada Allah SWT:-

1) Diangkatkan berkat daripada rezekinya (pendapatannya);

2) Didatangkan kepada mereka seorang ketua atau pemerintah yang zalim; dan juga

3) Dimatikan dalam keadaan tidak beriman."

Soalan Nabi (34); "Hai Iblis! Jika umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan engakau?"

Jawab Iblis; "Sesungguhnya mereka itu terlepas daripada tipu daya hamba."

Sabda Rasulullah SAW; "Hai sahabatku sekalian! Barang siapa solat berjemaah lima waktu, maka ia akan dikurniakan 5 perkara:-

1) Tidak ditimpa kemiskinan;

2) Dilepaskan dari seksa kubur;

3) Diserahkan kitab catatan di sebelah kanan;

4) Melalui titian sirat pantas seperti kilat menyambar; dan juga

5) Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab."

Sabda Rasulullah SAW lagi; "Adalah solat lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang yang solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji dan umrah."

Soalan Nabi (35); "Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat ke atasku, bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Muka hamba akan terbelah sebab mereka ingat kepada tuanku."

Sabda Rasulullah SAW; "Barang siapa yang membaca selawat ke atasku, para malaikat meminta keampunan baginya dan dia adalah ahli Syurga."

Soalan Nabi (36); "Hai Iblis! Jika umatku solat Hari raya ke masjid bagaimana hal engkau kerana Allah SWT telah berfirman; 'Hai sekalian Malaikat! Saksikan olehmu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad, lelaki dan perempuan'?"

Apabila selesai solat dan khutbah maka firman Allah SWT; "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa kamu itu dengan kebajikan."

Jawab Iblis; "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan hamba pergi solat hariraya, maka hamba sangat dukacita dan menyesal. Maka hambapun bersorak, datanglah bala tentera hamba dan mereka berkata; 'Hai raja kami! Siapakah yang tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau bumi? Arahkan kami sekalian pergi membinasakan apa yang di langit dan di bumi'."

Maka sahut hamba; "Hai bala tenteraku! Yang menyebabkan aku ini dukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku! Apakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad? Dan Allah sangat kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya segala doa mereka serta diampunkan segala kesalahannya."

"Hai tenteraku! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya bimbang dengan berjalan ke sana ke mari, asyik berjudi dan bersukaria masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan menyenangkan hatiku. Maka pergilah sekalian tentera Iblis mengacau umat Muhammad."

Soalan Nabi (37); "Hai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Hamba telah bersusah-payah menggoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi."

Soalan Nabi (38); "Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau?"

Jawab Iblis; "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini."

Soalan Nabi (39); "Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis; "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap 'La Illahillah' dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu."

"Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan."

Soalan Nabi (40); "Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang."

Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya; "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekalian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya."

Maka firman Allah SWT; "Hai Malaun (yang dilaknat; Iblis)! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu."

Maka Iblis Laknatullah; "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekalian hamba Allah:-

1) Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat; dan juga

2) Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku."

Maka datang firman Allah; "Hai Malaun! Demi kemuliaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan:-

1) Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka (Iblis); dan juga

2) Marah mereka kepada engkau (Iblis) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu."

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

Wallahualam bissawab.

Tuesday, August 25, 2009

RUBBING THE EYES WHEN AWAKENING...

Salam...

SUNNAH
Practises of Muhammad (Sallallahu Alyhi Wa Sallam)
RUBBING THE EYES WHEN AWAKENING

Narrated by Maymoona RA: "Whenever, Muhammad (Sallallahu Alyhi Wa Sallam) awoke from his sleep, he would rub his eyes and sit on the bed for a little while."
~ IBN MAAJAH ~
Rubbing the eyes for a while after awakening helps to adjust the heart-beat to the new posture.



THE SMILE
LOSING THINGS...

I sold an item but it got lost in the mail. So I stopped by my local post office and asked them to track it down.
"It's not that simple," the clerk scolded. "You have to fill out a mail-loss form before we can initiate a search."
"Okay," I said. "I'll take one."
He rummaged under his counter, then went to some other clerks who did the same—only to return and confess, "You'll have to come back later. We can't find the forms."