Thursday, June 24, 2010

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Assalamualaikum...


Sambil untuk mengingatkan diri sendiri dan berkongsi dengan pembaca di blog yang ringkas dan banyak kekurangan ni...

Walaupun saya bukanlah ustaz dan bukan pendakwah agama yang aktif dan arif ...tapi untuk menyebarkan demi kebaikan agama disisi Allah adalah wajib ...InsyaAllah.


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."


"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin .."

Monday, June 14, 2010

Persengkataan Sesama Islam- ISLAM DI TINDAS




KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI CERITA SEBENAR APA BERLAKU DARI MAVI MARMARA....





( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )
Israel menyerang dengan white phosphorus...(gambar)



Assalamualaikum...

Tergerak di hati saya kali ni untuk membuat posting mengenai apa terjadi keatas saudara2 seagama di GAZA , PALESTINE.
Sedang kita enak2 menjamah makanan, membawa keluarga beriadah, shopping dan bebas kemana tanpa rasa apa ketakutan...

Kita seboleh2nya tak mahu negara kita menjadi islam sekular...tengok saja negara Mesir contohnya...Sanggup kencing di dinding2 masjid, menyekat sempadan yg menyebabkan makanan dan ubatan terbengkalai menjadi rosak. Khabarnya khutbah jumaat pun diharamkan mengenai keganasan di Gaza sedangkan dimana2 masjid tak kira dimana negara bila khutbah jumaat selalu mendoa dan menyelit cerita pasal keganasan Israil kepada Palestine. Ternyata Mesir memang sekutu kuat Amerika dan Israel.

Di Palestine terbahagi dua, Hamas dan Fatah...di sebelah Fatah ada casino...manakala kebanyakan kalangan Hamas sanggup mati bila2 masa untuk berperang dengan Israel...
Kalau anak kita mempuyai cita2 menjadi doktor, peguam dan sebagainya...manakala anak-anak di Palestine bercita2 menjadi pengebom berani mati kerana telah melihat ahli keluarga mereka dibunuh didepan mata mereka.

Salah satu pembekal senjata ke Israel selain USA ialah negara jiran kita...iaitu SINGAPURA...jadi secara halusnya jika dikaji...kita bershopping dan berbelanja di Singapura samalah kita telah membantu Israel.

Fikir-fikirkanlah sejenak....

Wassalam