Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unit dan menarik.
Sambil memegang wang RM100 dan bertanya kepada hadirin...
"Siapa yang nak duit ini?"
Kelihatan ramai hadirin mengangkat tangan menunjujkkan ramai yang minat.
"Saya kan berikan duit ini kepada salah seorang dari anda, tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu..."
Dia berdiri mendekati hadirin sambil meramas-ramas wang dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi...
"Siapa yang mahu duit ini?"
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
"Baiklah..." jawabnya.
"Apa jadinya bila saya melakukan ini?"
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai sambil melenyek-lenyekkan dangan kasutnya.
Meski masih utuh, kini wang itu amat kotor. lusuh dan amat renyuk.
"Ok, sekarang masih ada yang berminat?"
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekelian, anda baru saja menghadapi satu pelajaran penting, apapun yang terjadi dangan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk, lusuh dan kotor...wang ini tetap bernilai RM100 juga...
Begitu jugalah dalam kehudupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak dan dipenuhi kekotoran akibat keputusan yang kita buat dan situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu...
Dalam keadaan seperti itu, kita marasa tak berharga dan tak bererti.
Padahal apapun yang diambil, terjadi...anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda...lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Sanyangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa...terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa yang kita adalah makhluk yang dipandang sama...hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.
Wallahhu'alam.
No comments:
Post a Comment