Salam...
1. Siti Zubaidah, seorang penyanyi yang kaya di masukkan kedalam syurga kerana mendapat keampunan ALLAH. Keampunan itu bukan kerana jasanya membina parit antara Madinah ke Mekah tapi kerana menghormati AZAN. Beliau menghentikan nyanyiannya bila tiba waktu azan.
2. Sayidina Umar ra diampunkan kerana beliau kesiankan seekor burung ciak. Ada sahabat ra menceritakan beliau selalu berdoa bermimpi bertemu dengan Umar ra setelah beliau tiada lagi di dunia ini. Selepas setahun berlalu selepas Umar ra meninggal barulah sahabat ini dapat bermimpi berjumpa dengannya & Umar ra menceritakan "aku baru sahaja selesai disoal jawab". (Alam Roh, Ibnu Qayyim)
4. Kadang-kadang benda yang kita rasa remeh temeh itulah yang ALLAH s.w.t ambil kira. Jadi jangan anggap benda2 kecil/ringan tak perlu buat. Walaupun sekadar sunnah-sunnah kecil, tapi kalau yang kecil/ringan itu pun tak terbuat, apalagi sunnah yang "berat-berat".
5. Kita berbangga apabila memakai pakaian mengikut trend Yahudi & Nasrani tetapi kita malu memakai pakaian mengikut sunnah Nabi saw & para ahlianya (buat perempuan).
6. Sunnah Nabi saw itu memerlukan hidayah untuk amalkan, sekiranya kita tidak mampu jangan 'kondem' & mengatakan "itu sunnah sahaja, tak apa tak buat".
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Rasulullah s.a.w bersabda "Siapa yang melihat saudara seagamanya diumpat dan dia tidak menolong saudaranya padahal dia boleh melarang atau menyokong saudaranya, maka Allah akan menghinanya di dunia dan akhirat" (Riwayat Ibnu Ad Dunya dari Anas)
2. Mengumpat iaitu menceritakan keburukan seseorang di belakangnya. (walaupun perkara itu benar). Sahabat pernah bertanya kepada Nabi s.a.w apakah dikira mengumpat sekiranya perkara itu benar. Nabi menjawab ya, jikalau perkara itu tidak benar, ia dikira fitnah.
3. Imam Abu Hanifah memberi wang kepada orang yang mengumpatnya kerana orang yang mengumpat itu memberi pahala kebajikan kepadanya.
4. Kita hendaklah melarang atau meninggalkan orang yang mengumpat saudara Islam yang lain. Orang Islam hendaklah menyayangi antara satu sama lain.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. MALU itu sebahagian dari IMAN. Rasulullah saw adalah seorang yg pemalu, lebih MALU dari anak dara.
2. Tanpa MALU pada ALLAH s.w.t, manusia tidak akan segan silu melakukan maksiat, DOSA.
3. Orang Islam yang tiada MALU & terikut-ikut cara kuffar melakukan maksiat akan kelihatan lebih buruk dari orang kuffar yang melakukannya sendiri.
4. MALU lah pada ALLAH.. Kalaupun TIDAK MALU pada kawan2, ibubapa, masyarakat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. ALLAH itu maha pengampun. Walau banyak mana DOSA. Buat jahat 100 kali, taubat 100 kali. DOSA kecil diampunkan setelah SOLAT. DOSA besar bertaubatlah dengan SOLAT TAUBAT.
2. Kalau TERLANJUR lagi, TAUBAT lagi. Selagi belum terlambat.
3. Cukup senang untuk minta ampun dari ALLAH. Sambil duduk pun boleh, berjalan pun boleh. Tidak perlu ke tempat-tempat tertentu. Namun cara paling baik melalui SOLAT.
4. Allah s.w.t sangat gembira bila hambanya bertaubat.
5. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada:
-orang yang kehausan lalu menemukan sumber air,
-dan lebih gembira daripada wanita yang mandul yang dapat melahirkan,
-dan lebih gembira daripada orang yang kehilangan lalu menemukan yang hilang itu.
6. Barangsiapa bertaubat kepada Allah s.w.t dengan taubat yang murni, maka Allah s.w.t melupakan dua malaikat pencatat amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) - Riwayat Abu Abbas al-Hamadani
7. Itu DOSA dengan ALLAH. DOSA dengan manusia, perlu selesaikan dengan manusia jua.
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment