Monday, December 29, 2008

Merananya…


Salam sejahtera...


Hai...selamat berjumpa kembali...kita sharing lagi... Kalau dulu saya tak sanggup mengguna produk bio-asli ni terutama minyak kelapa dara...kerana tinggal berjauhan dengan isteri (org lelaki pun nak manja2 bila tak sihat..he..he..) dan tak sanggup hadapi tindak balas dari minum minyak kelapa dara...tubuh menjadi letih, batuk berserta selesema dan macam2 lagi jika saya berterusan meminumnya.


Sebenarnya tak le teruk sangat...cuma saya tak sanggup berhadapan dengan tugas harian di tempat kerja dengan berkeadaan sedemikian. Jadi saya berhenti minumnya, cuma 1-2 sudu je diambil dalam sebulan, saya banyak habiskan minyak ni untuk buat minyak rambut dan buat sebagai lotion badan je. Dah macam kembali ke zaman orang2 tua dulu ya...hanya pakai minyak kelapa je...dan saya akui, saya sekeluarga memang menggunakan pruduk2 yang berasaskan minyak kelapa dara dan produk2nya mungkin saya akan cerita di ruangan akan datang...InsyaAllah.

Saya sebenarnya kuat merokok ketika tu...dan saya serius merokok semenjak umur 18-19 thn dan sekarang saya sudah berumur lebih kurang 35-40 an, sudah agak lama juga kan? Mungkin berbagai penyakit sudah mula bertapak dalam diri saya di usia sebegini...sama ada dari akibat merokok atau dari pemakanan atau dari lain-lain. Apa2 pun kita patut bersyukur, berserah dan tawakkal pada Nya.


KLIK HERE utk selanjutnya.

No comments:

Post a Comment